CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 28, 2009

Projek2


Projek Sekolah:
Papan Sifir Mudah

Tarikh: Sepanjang praktikal (suka buat last minute masa cuti)
Hari: Bila-bila mengikut kesukaan dan kesukatan
Masa: Suka hati asal bahagia hidup
Tempat: Rumah sendiri
Jumlah ahli kumpulan: 2 orang
Topik: Hari Raya Aidilfitri
Objektif projek: Menyiapkan 6 papan sifir mudah bagi setiap kelas sebelum habis praktikal. (Berjanji dengan GB)
Pengetahuan sedia ada: Membuat kek lapis untuk hari raya Aidilfitri (Tiada pengalaman mengecat pun tidak menjadi masalah).
Kemahiran berfikir: Mengukur, memotong, menggunting, mengecat, menyembur, menjemur, melukis dan mencantikkan.
Nilai murni: Sabar, teliti, berhati-hati, bersih, tepat, jimat, keyakinan dan berusaha.


RESIPI:

Bahan-bahan yang digunakan:

(1) Cat berwarna kuning krim (sponsored by school)
(2) Roller untuk mengecat (jangan guna berus, lambat macam kura-kura)


(3) Penyembur cat 5 warna (biru, kuning keemasan, merah,kelabu dan hijau) - Beli yang paling murah untuk penjimatan (duit sendiri tau, siapalah mahu sponsor)


(4) Papan lapis 6 keping yang diengselkan (setiap papan: 100cmX122cm) - ada cikgu lelaki single yang bertanggungjawab memotong papan-papan ini.



Langkah-langkahnya:


(1) Catkan papan lapis dengan warna sponsor yang telah disediakan oleh sekolah.


(2) Jemurkan papan-papan lapis selepas selesai mengecat di tempat yang luas dan pastikan cuaca panas terik sehingga telur pun boleh masak kalau diletak bersama. (Hujan pun boleh tapi sediakan payung sekali untuk papan-papan lapis tersebut)


(3) Sementara menunggu cat pada papan lapis kering, lukis nombor-nombor bagi sifir 1 sehingga 12 pada kertas recycle. (Penjimatan diperlukan sebab elaun belum masuk).


(4) Setelah siap melukis nombor, jangan lupa buatkan lubang-lubang di tengah nombor dengan menggunakan pisau gajah atau gunting harimau supaya hasilnya nanti akan lebih kemas dan bersih.


(5) Kemudian, sambungkan setiap kertas nombor tadi dengan menggunakan solutape. Kertas seperti ini boleh juga menjadi hiasan sebagai alas sofa pada hari raya nanti. (Sekiranya projek dah siap)


(6) Letakkan rangka nombor pada papan lapis yang telah dibaringkan di atas lantai di tempat yang lapang supaya papan dan kertas nombor dapat berehat atau tidur pada siang hari.


(7) Selepas itu, tutupkan kawasan persekitaran nombor-nombor yang tidak berkaitan dengan suratkhabar lama (jangan guna suratkhabar baru, nanti mak marah) dan semburkan cat pada nombor-nombor yang terlibat (1 column) dari atas sehingga bawah. (Buat macam kita spray nyamuk/lipas kat rumah)


(8) Selepas 1 column, semburkan pula pada column lain satu warna demi satu warna seperti membuat kek lapis sarawak yang berwarna-warni.


(9) Buatlah selapis demi selapis sehingga habis dan bolehlah dibakar atau dikukus mengikut citarasa.


(10) Selepas 2 jam, kek lapis pun dah siap dan bolehlah diberi kepada 'pasangan' untuk disambungkan pada sebelah acuan pula.


(11) Hasilnya akan kelihatan pada gambar di atas, cantik tak kek lapis sifir kita orang?


(12) Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli Kek Lapis Sifir (bukan mudah nak buat, kita orang je yang mampu membuatnya), bolehlah membuat tempahan sebelum hari raya nanti dengan menghubungi model kiut di bawah ini.


Selamat mencuba dan buatlah tempahan dengan model kiut di atas :)




REFLEKSI:
Kekuatan:
(1) Roller digunakan untuk mengecat lebih cepat berbanding dengan berus yang kecil.
(2) Lebih jimat masa sebab tak perlu melukis garisan grid pada papan lapis yang telah dicatkan warna asasnya.
(3) Lebih cepat sembur cat dengan menggunakan rangka nombor penuh berbanding dengan satu demi satu nombor. (1-2 jam untuk satu papan berbanding 1 jam untuk satu sifir sahaja)
(4) Kertas nombor boleh dijadikan sebagai alas kerusi pada hari raya nanti selesai projek disiapkan.
(5) Dapat disiapkan dalam masa yang terdekat. (dalam masa cuti/sebelum habis praktikal)
(6) Projek ini boleh jadi bisnes, sesiapa yang mahu buat tempahan apa lagi bolehlah contact model kiut.






3 comments:

shama said...

wahhh!!!ia baru cigu kebanggaan GB..hehee

kaiserstan said...

Kek lapis sifir? adakah ia seperti muffin?

Hanie said...

wah kalau ler cikgu aku rajin cam cik siti nih dulu dah jadi menteri pembangunan dah aku...