CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 12, 2009

Berakit Ke Langit

kalau kau asal pohon,
kau ku ukir jadi gadis tercantik,
kembang baru berputik,
andainya kau patung tak bernyawa,
nafas dari ronggaku,
separuh untukmu,

kalau kau bertelanjang,
kau kan kupakaikan,
cindai kayangan,
andainya kau masih tak berseri,
jari kau kusarungkan,
dengan cincin sakti,

ini bukan cerita wayang kulit kisah dalam layar sempit,
lagu kita,
dalang kulit (back up)
berakit-rakit ke langit (x2)
berakit ke langit (back up)

ini bukan cerita wayang kulit kisah dalam layar sempit,
lagu kita,
dalang kulit, (back up)
berakit-rakit ke langit, (x2)

[tiada adam tiada hawa,
tiada taman tiada syurga,] (x3)
tiada syurga,

ini bukan cerita wayang kulit kisah dalam layar sempit,
lagu kita,
dalang kulit, (back up)
berakit-rakit ke langit, (x2)
berakit ke langit, (back up)

ini bukan cerita wayang kulit kisah dalam layar sempit,
lagu kita,
dalang kulit, (back up)
berakit-rakit ke langit, (x2)

[tiada adam tiada hawa,
tiada taman tiada syurga,] (x4)

Ooohh.


-----------

Sunday, August 30, 2009

CUBIC PUZZLE


Tahukah anda bagaimana hendak menyelesaikan 'Cubic Puzzle' bagi 6 permukaan dengan 9 kotak dalam satu permukaan?




Cara-caranya:

Selesaikan dahulu satu permukaan dengan warna yang terang, biasanya aku ambil warna hijau. Untuk selesaikan langkah 1 ini, perlu berfikir sendiri dan tak ada formula khas.





Seterusnya, selesaikan bahagian R1C1, R1C2 dan R1C3 mengikut warna di R2C2 seperti dalam 2 gambar di bawah (4 warna).





Selepas itu,perlu selesaikan R2C1 dan R2C3 mengikut warna yang sama bagi keempat-empat warna. Yang ini pulak ada formula khas yang perlu diikuti.




Akhir sekali, selesaikan permukaan yang terakhir iaitu warna biru. Langkah terakhir ini memang mengelirukan kerana memerlukan formula-formula tertentu yang perlu diingatkan. (Nasib baik ada adik aku yang memberi bantuan)




Hasilnya seperti dalam gambar-gambar di atas dan di bawah ini.


-----HABIS-----




Berikut merupakan puzzle yang diselesaikan oleh adikku. Kreativitinya membuatkan setiap satu warna berada di tengah. Ini aku memang xreti nak buatlah. Tanya pakar.









Friday, August 28, 2009

Projek1

Projek Sekolah:
Papan Sifir Mudah

RESIPI:
Cara-caranya:
1) Sediakan papan lapis yang telah diengselkan seperti dalam gambar di bawah supaya MUDAH DILIPAT dan DIBAWA ke mana-mana, bawa melancong pun boleh, bolehlah anak-anak hafal sifir nanti (tak muat kalau naik kereta, lainlah naik lori ke, bas ke).
2) Catkan warna asas papan lapis dengan warna kuning krim dengan menggunakan berus yang disediakan oleh sekolah (cat disponsor oleh sekolah). Warna lain pun boleh tapi keluar duit sendirilah.


3) Buatkan garisan grid pada papan lapis selepas cat kering. Kalau tak kisah tangan kena cat, buat je garisan sebelum papan kering.


4) Selepas itu, sediakan kertas-kertas yang bernombor dan buatkan lubang- lubang di tengah-tengah nombor. Kalau tak tahu lukis nombor, print je dr word. Tak payah menyusahkan diri.
5) Letakkan kertas-kertas nombor yang berlubang pada papan lapis dan semburkan cat secukup rasa mengikut warna kesukaan/citarasa.


6) Kalau takut panas, kerja menyembur cat ini bolehlah dilakukan pada waktu- waktu petang selepas hibernasi.
7) Hasilnya nanti akan kelihatan seperti dalam gambar di atas. Satu sifir memakan masa 1 jam. Maksudnya 1 column 1 jam.

8) Macam inilah kerja menyembur cat seperti model yang kiut di atas. (Budak baik mesti geram bila baca step ke-8 ni.
9) Kerja menyembur ini juga haruslah di tempat-tempat yang luas (jalan raya depan rumah pun boleh) dan jarak antara kawan (sekiranya dilakukan berkumpulan) mestilah 2m, takut tersembur kawan sebelah. Lainlah kalau sengaja nak sembur muka kawan.




REFEKSI:
1) Cara melakukan projek papan sifir mudah ini memakan masa yang agak lama untuk disiapkan.
2) Kelemahan dari segi masa:
(a) Lambat sebab megecat papan lapis dengan berus kecil.
(b) Lambat sebab perlu melukis garisan grid pada papan lapis.
(c) Lambat sebab nombor yang disediakan hanya ada satu salinan sahaja, perlu kongsi dengan kawan.
(d) Lambat sebab hanya 1 column dapat disiapkan dalam masa 1 jam. Cat disemburkan pada kertas nombor satu demi satu.

Cadangan:
(1) Daripada Pensyarah Pembimbing-membuat rangka penuh untuk papan dengan kertas-kertas yang nombor telah dilubangkan.
(2) Semburan cat nanti dapat dilakukan pada satu sifir dalam masa yang serentak (hanya beberapa minit).


Sambungan pada projek part2....................



Projek2


Projek Sekolah:
Papan Sifir Mudah

Tarikh: Sepanjang praktikal (suka buat last minute masa cuti)
Hari: Bila-bila mengikut kesukaan dan kesukatan
Masa: Suka hati asal bahagia hidup
Tempat: Rumah sendiri
Jumlah ahli kumpulan: 2 orang
Topik: Hari Raya Aidilfitri
Objektif projek: Menyiapkan 6 papan sifir mudah bagi setiap kelas sebelum habis praktikal. (Berjanji dengan GB)
Pengetahuan sedia ada: Membuat kek lapis untuk hari raya Aidilfitri (Tiada pengalaman mengecat pun tidak menjadi masalah).
Kemahiran berfikir: Mengukur, memotong, menggunting, mengecat, menyembur, menjemur, melukis dan mencantikkan.
Nilai murni: Sabar, teliti, berhati-hati, bersih, tepat, jimat, keyakinan dan berusaha.


RESIPI:

Bahan-bahan yang digunakan:

(1) Cat berwarna kuning krim (sponsored by school)
(2) Roller untuk mengecat (jangan guna berus, lambat macam kura-kura)


(3) Penyembur cat 5 warna (biru, kuning keemasan, merah,kelabu dan hijau) - Beli yang paling murah untuk penjimatan (duit sendiri tau, siapalah mahu sponsor)


(4) Papan lapis 6 keping yang diengselkan (setiap papan: 100cmX122cm) - ada cikgu lelaki single yang bertanggungjawab memotong papan-papan ini.



Langkah-langkahnya:


(1) Catkan papan lapis dengan warna sponsor yang telah disediakan oleh sekolah.


(2) Jemurkan papan-papan lapis selepas selesai mengecat di tempat yang luas dan pastikan cuaca panas terik sehingga telur pun boleh masak kalau diletak bersama. (Hujan pun boleh tapi sediakan payung sekali untuk papan-papan lapis tersebut)


(3) Sementara menunggu cat pada papan lapis kering, lukis nombor-nombor bagi sifir 1 sehingga 12 pada kertas recycle. (Penjimatan diperlukan sebab elaun belum masuk).


(4) Setelah siap melukis nombor, jangan lupa buatkan lubang-lubang di tengah nombor dengan menggunakan pisau gajah atau gunting harimau supaya hasilnya nanti akan lebih kemas dan bersih.


(5) Kemudian, sambungkan setiap kertas nombor tadi dengan menggunakan solutape. Kertas seperti ini boleh juga menjadi hiasan sebagai alas sofa pada hari raya nanti. (Sekiranya projek dah siap)


(6) Letakkan rangka nombor pada papan lapis yang telah dibaringkan di atas lantai di tempat yang lapang supaya papan dan kertas nombor dapat berehat atau tidur pada siang hari.


(7) Selepas itu, tutupkan kawasan persekitaran nombor-nombor yang tidak berkaitan dengan suratkhabar lama (jangan guna suratkhabar baru, nanti mak marah) dan semburkan cat pada nombor-nombor yang terlibat (1 column) dari atas sehingga bawah. (Buat macam kita spray nyamuk/lipas kat rumah)


(8) Selepas 1 column, semburkan pula pada column lain satu warna demi satu warna seperti membuat kek lapis sarawak yang berwarna-warni.


(9) Buatlah selapis demi selapis sehingga habis dan bolehlah dibakar atau dikukus mengikut citarasa.


(10) Selepas 2 jam, kek lapis pun dah siap dan bolehlah diberi kepada 'pasangan' untuk disambungkan pada sebelah acuan pula.


(11) Hasilnya akan kelihatan pada gambar di atas, cantik tak kek lapis sifir kita orang?


(12) Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli Kek Lapis Sifir (bukan mudah nak buat, kita orang je yang mampu membuatnya), bolehlah membuat tempahan sebelum hari raya nanti dengan menghubungi model kiut di bawah ini.


Selamat mencuba dan buatlah tempahan dengan model kiut di atas :)




REFLEKSI:
Kekuatan:
(1) Roller digunakan untuk mengecat lebih cepat berbanding dengan berus yang kecil.
(2) Lebih jimat masa sebab tak perlu melukis garisan grid pada papan lapis yang telah dicatkan warna asasnya.
(3) Lebih cepat sembur cat dengan menggunakan rangka nombor penuh berbanding dengan satu demi satu nombor. (1-2 jam untuk satu papan berbanding 1 jam untuk satu sifir sahaja)
(4) Kertas nombor boleh dijadikan sebagai alas kerusi pada hari raya nanti selesai projek disiapkan.
(5) Dapat disiapkan dalam masa yang terdekat. (dalam masa cuti/sebelum habis praktikal)
(6) Projek ini boleh jadi bisnes, sesiapa yang mahu buat tempahan apa lagi bolehlah contact model kiut.






Reunion Unimas


Geng-geng Unimas di Redcarrot Sibu

First time datang ke sini



Classmate di Unimas, Liza.


Aku dan Ima



Mila dan aku



Menu aku - Salad Chicken Rice (delicious.....)



Satay dan ayam



Banyaknya makanan



Aku juara sebab pinggan paling licin



Sponsored by: Liza cute


Terima kasih banyak2 sebab open table hari tu...Semoga hubungan dengan si dia kekal buat selama-lamanya..amin.......






Thursday, August 27, 2009

Jalan-jalan Cari Makan



Jalan-jalan bersama geng

Rafie Cafe Kpg Datuk, Sibu.



Sugarbun Sarikei



Jalan-jalan cari makan di Bintangor



Pizza Hut Sanyan, Sibu.



Jalan-jalan cari makan di Saratok




Seterusnya di Redcarrot Sibu.....



Azah dan aku


Aku dan Niesa


Aku, Niesa dan Azi.


Niesa, Azah dan aku.




Wednesday, August 26, 2009

Praktikal4

Kelas Tahun 2 - Matematik



Ada 9 orang murid 'baik' dalam kelasku


Peace!!!





Seterusnya antara BBM yang ku reka.....


Topik 'Money'


'Clock Face' untuk topik Time