Projek Sekolah:
Papan Sifir Mudah
RESIPI:
Cara-caranya:
1) Sediakan papan lapis yang telah diengselkan seperti dalam gambar di bawah supaya MUDAH DILIPAT dan DIBAWA ke mana-mana, bawa melancong pun boleh, bolehlah anak-anak hafal sifir nanti (tak muat kalau naik kereta, lainlah naik lori ke, bas ke).
2) Catkan warna asas papan lapis dengan warna kuning krim dengan menggunakan berus yang disediakan oleh sekolah (cat disponsor oleh sekolah). Warna lain pun boleh tapi keluar duit sendirilah.
3) Buatkan garisan grid pada papan lapis selepas cat kering. Kalau tak kisah tangan kena cat, buat je garisan sebelum papan kering.
5) Letakkan kertas-kertas nombor yang berlubang pada papan lapis dan semburkan cat secukup rasa mengikut warna kesukaan/citarasa.
6) Kalau takut panas, kerja menyembur cat ini bolehlah dilakukan pada waktu- waktu petang selepas hibernasi.
8) Macam inilah kerja menyembur cat seperti model yang kiut di atas. (Budak baik mesti geram bila baca step ke-8 ni.
6) Kalau takut panas, kerja menyembur cat ini bolehlah dilakukan pada waktu- waktu petang selepas hibernasi.
7) Hasilnya nanti akan kelihatan seperti dalam gambar di atas. Satu sifir memakan masa 1 jam. Maksudnya 1 column 1 jam.
8) Macam inilah kerja menyembur cat seperti model yang kiut di atas. (Budak baik mesti geram bila baca step ke-8 ni.
9) Kerja menyembur ini juga haruslah di tempat-tempat yang luas (jalan raya depan rumah pun boleh) dan jarak antara kawan (sekiranya dilakukan berkumpulan) mestilah 2m, takut tersembur kawan sebelah. Lainlah kalau sengaja nak sembur muka kawan.
REFEKSI:
1) Cara melakukan projek papan sifir mudah ini memakan masa yang agak lama untuk disiapkan.
2) Kelemahan dari segi masa:
(a) Lambat sebab megecat papan lapis dengan berus kecil.
(b) Lambat sebab perlu melukis garisan grid pada papan lapis.
(c) Lambat sebab nombor yang disediakan hanya ada satu salinan sahaja, perlu kongsi dengan kawan.
(d) Lambat sebab hanya 1 column dapat disiapkan dalam masa 1 jam. Cat disemburkan pada kertas nombor satu demi satu.
Cadangan:
(1) Daripada Pensyarah Pembimbing-membuat rangka penuh untuk papan dengan kertas-kertas yang nombor telah dilubangkan.
(2) Semburan cat nanti dapat dilakukan pada satu sifir dalam masa yang serentak (hanya beberapa minit).
Sambungan pada projek part2....................
1 comments:
Dah pandai kaitkan saya sekarang siap buat lawak pulak tue... jangan risau entry seterusnya anda akan menjadi bintang nya hahaha
Post a Comment