CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 16, 2008

Ketawa Pengendur Ketegangan


Ada pepatah mengatakan bahawa ‘ketawa adalah ubat yang terbaik’. Pepatah ini sudah ratusan tahun disebut orang, namun kajian terbaru menunjukkan bahawa ketawa memang boleh menjadi penawar kepada tubuh kita!
Kajian mendapati bahawa setiap kali kita ketawa, kebanyakan daripada otot badan kita akan mengendur dan relaks. Otot bahu dan lengan akan ‘melonglai’, mata akan bercahaya dan wajah akan ceria dengan senyuman.

Pernahkah anda ketawa hingga hampir jatuh dari kerusi? Kenapa? Kerana apabila anda ketawa, otot-otot tubuh menjadi relaks dan mengendur. Jika ini berlaku, anda akan hilang kawalan jika duduk dalam keadaan yang tidak stabil. Apa yang penting di sini ialah; semasa ketawa, anda akan bertenang dan tidak lagi tegang!

Kajian daripada Norman Cousin

Dalam bukunya, Anatomy of an Illness as Perceived by the Patient, Norman Cousin telah mengemukakan satu teori yang sangat menarik. Beliau mengatakan, jika stress dan emosi negatif boleh menyebabkan manusia sakit; maka ketawa, cinta, dan emosi positif pula boleh menyembuhkan manusia.

Beliau mengukuhkan pandangan bahawa hormon endorfin, iaitu penghilang sakit semulajadi badan, dirembeskan apabila manusia ketawa. Selain daripada itu, ketawa juga akan dapat mempengaruhi perkembangan sel-sel manusia.

Lebih menarik lagi, seorang pengkaji daripada Pusat Perubatan di Universiti Loma Linda, iaitu Lee Berk mendapati bahawa ketika ketawa, proses lymphocyte blastigenesis berlaku secara spontan. Ini bermakna, apabila ketawa dalam tempoh tertentu, sel pertahanan badan; iaitu Sel T, akan dihasilkan dalam kadar yang lebih banyak.

0 comments: