CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 18, 2010

Perjalanan jauh dari Sarawak ke Sabah (Tempat posting)

3 Januari 2010

Aku bersama 4 org classmateku dan tunang classmate (jumlah 6 org including me) naik bas from Sibu to Miri at 8 o’clock in the morning. Perjalanan kami memakan masa selama 7 jam. Bas ini direct ke Miri tanpa memasuki Bintulu. Kami sampai di terminal bas Miri lebih kurg pada pukul 2 ptg. Apa yg tiada dalam perancangan ialah saya telah menghubungi dan berjumpa dgn sahabat lama yg memang akrab semasa belajar matrikulasi di Kolej Chermai Jaya, Kuching. Walau bagaimanapun, aku dan ‘temanku’ tiada pilihan lain melainkan tggu sahabatku itu di terminal bas sehingga dia balik dari kerja. Aku tidak menyangka dan berasa sangat teruja apabila berjumpa dgn sahabatku itu, Dianne Suan (lebih kurg 8 tahun tidak bersua sejak tamat matrikulasi). Dianne telah membawa kami pergi makan, jalan2 di Bintang Plaza dan menghantar kami ke Miri Airport. Aku amat senang hati mempunyai sahabat seperti Dianne yang masih ingat akan diriku dan persahabatan kami. Kali ini, kami pula yang disponsorkannya. Yang tidak dilupakan ialah durian puff yg mmg sedap (first time seumur hidup aku mkn puff yg sedap tu selain kentaki yg sedap). Thanx u so so much Dianne 4 the great treat. Jasamu akan dikenang sampai bila2....

Aku dan Dianne Suan berjumpa semula

4 Januari 2010

Pagi itu aku, Austin dan Din telah pergi ke JPS (Jabatan Pelajaran Sabah) yg tletak x jauh drpd hotel kami menginap selepas breakfast. Di situlah kami telah mengetahui nama sek yang telah ditetapkan utk kami. Aku telah ditempatkan di SK BUIS, Telupid (P1) dan kwn2ku semuanya tiada yg sama sek. Aku tertanya2 bagaimanalah keadaan sek d situ dan keadaan tpt tinggal d situ nanti. Di JPS tersebut, kami telah berkenalan dengan seorg kakak yg berbangsa Bidayuh (asal Serian tetapi kerja di KLIA) dan suaminya yg juga baru posting (asal sabah). Kami tahu serba sedikit mengenai Telupid daripada mereka. Kami sungguh bernasib baik kerana pasangan suami isteri yang baik tersebut offer utk menghantar kami ke shopping complex yg bdekatan. Terima kasih sgt2...aku berharap mereka dimurahkan rezeki dan isterinya dapat berpindah mengikut suami suatu hari nanti dan mendapat ‘org baru’.

Kami pergi ke Centre Point Shopping Complex yg mmg best sbb byk pilihan kedai, barangan, ada cinema, main boling dan sebagainya. Apa yg melucukan berlaku di situ di mana aku dan Austin telah sesat (pusing2 tapi xjumpa jln kami masuk mula2 sebelum tu), sampaikan aiskrim yg kami beli utk Din pun cair sbb tlalu lama dibiarkan pegang dengan tangan. Akhirnya, Austin pula tpaksa mkn aiskrim Din tersebut. Kami telah diselamatkan oleh ‘heroin’ daripada tersesat. Itulah kwnku, Jenny (sama sek menengah d Sibu, sudah 10 tahun tidak berjumpa) yang berada di KK yg telah bersusah payah mencari hotel utk kami. Rupa-rupanya ofis kwnku itu di Centre Point. Sungguh tidak disangka....tak perlulah kami naik bas balik ke hotel, Jenny akan hantar kami balik ke hotel sbb hendak mengambil buah dabai yg dipesannya. Terima kasih Jenny sbb banyak menolongku d KK. Semoga Jenny cepat2 kahwin.....hehe....

Jenny dan aku

5 Januari 2010

Aku, Austin, Azi, Azah dan parents nya naik bas Sairah Ekpres dr KK ke Telupid. Kami byr RM30 utk tambang bas tersebut. Perjalanan kami memakan masa selama 4 jam iaitu dr pukul 7 pagi hingga 11 pagi. Sampai sahaja di Pekan Telupid, kami terus menaiki van utk pergi melapor di PPD Telupid. Selepas menerima surat penempatan, kami mengikut GB utk pergi ke tpt kediaman masing2. Sebelum pergi ke kuarters, GB membawa aku pergi makan tgh hr dan menemaniku membeli barangan keperluan di kedai Pekan Telupid. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan dan aku berasa kekok apabila pergi berdua dgn org yg baru dikenali. Aku merasakan perjalanan itu sangat jauh dan di saat itulah aku berasa sangat jauh dr kwn2ku yg sama2 dtg tadi. Bermulalah kehidupanku dgn org2 baru nanti. Sampai di suatu selekoh, GB membelokkan keretanya ke kiri dan kami masuk ke kawasan kpg dan ladang kelapa sawit. Jalan menuju ke sek agak berbukit dan berbatu2. Bagi org yg biasa memasuki kawasan tersebut, perjalanan itu tidaklah lama tetapi sebaliknya bagiku. Aku tertunggu2 bila lah agaknya akan sampai d tpt yg ingin dituju. Rupa2nya masih jauh lagi jalan yg perlu dilalui sebelum tiba di sek. Mmg agak jauh perjalanan sehingga masuk ke dalam dan di situlah sek dan kuarters yg akan aku mengajar dan tinggal.

Sekolahku...........

Aku dihantar ke kuarters perempuan d mana Cikgu Senawati (Guru Pra-Sekolah) dr Tawau yang telah lama tinggal di situ berseorangan. Sebelah pula kuarters lelaki iaitu terdapat 2 org guru lelaki yg tinggal d situ. Mujurlah ada teman yang duduk serumah dgnku. Dalam kuarters itu, aku dan Cikgu Wati ada bilik masing2. Kehidupan di sini bergantung kepada air hujan. Mujurlah ada elektrik di rumah tetapi di sek mmg tiada elektrik. Komputer di sek pun bergantung kepada solar utk bfungsi. Di samping itu, tandas d rumah juga telah tersumbat dan ini telah mendatangkan masalah ‘membuang’. Faham2 sajalah kan. So kena pandai cari alternatif dan ikhtiar bagaimana hendak mengatasi masalah tersebut. ‘Cigu aku tuk’.

Tempat tinggal aku sekarang.....


Apa yg menyedihkan aku apabila mengetahui line celcom cuma certain tpt sahaja yg ada, kena pandai dan rajin cari. Kat rumah aku xpernah dpt cari line celcom. Kalau rajin, aku akan mencari line di luar rumah dan sekitar kawasan sek. Lepas ini aku perlu membeli no. Maxis dan mungkin akan beli satu lagi hp yg murah utk lebih senang berhubung dgn org luar. Aku rasa sgt sedih bla terasa hidup berseorangan (jauh dr kawan2) terutamanya apabila berjauhan dgn ‘si dia’ dan tidak dapat berhubung dgnnya. Tetapi aku kuatkan juga semangat dan bersabar sampai sekarang walaupun kdg2 menitiskan air mata juga apabila teringatkannya yg jauh dan aku sgt merinduinya. I miss him so much.....